21 February 2010

Bahasa Mencetus Rasa


"Cintailah Bahasa Kita!"


Sensa.

Opysen.

Konklusi.

Perkataan apa ini? Nampaknya macam perkataan Melayu. Bacanya pula berbunyi Inggeris. Yang pasti, ianya bukan Bahasa Melayu tulen. Dicedok secara terus dari Kamus Oxford, diungkap dengan lidah Nusantara.

Saya menulis blog ini dengan menggunakan bahasa Melayu, baku rasanya. Tiada lain niat di hati kecuali ingin memaksimumkan penguasaan Bahasa Melayu diri sendiri dan mendidik khalayak agar terpupuk nilai cintakan bahasa ibunda. Sudah lama saya tinggalkan penulisan Bahasa Melayu ini, semenjak tingkatan 5 di KoleJ Sultan Abdul Hamid.


Saya akui, surat khabar utama yang dibaca oleh saya ialah The Star. Saya suka cara pengolahan dan gaya bahasa The Star terutama sekali bahagian Star Two. Menarik dan tertarik saya untuk terus membaca sesuatu artikel. Ada juga ruangan bersoal jawab mengenai grammar (tatabahasa). Tidak lain untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris si pembaca.


Tetapi saya agak terkilan bila membaca kata-kata di atas. Sensa, opysen, konklusi. Semua perkataan ini sudah tersedia dengan lengkap dalam bahasa kita. Penderia, pilihan, kesimpulan. Susah sangatkah nak menggunakan perkataan ini? Ataupun sesetengah orang Melayu alergik mendengar bahasa bangsa mereka sendiri? Kalau benar wujudnya alergik sejenis ini, maka tidak hairanlah PPSMI boleh dilaksanakan..


Tahukah khalayak bahawa terdapatnya perkataan Melayu yang menggantikan roadshow dan talkshow? Jerayawara dan bicarawara. Masih asingkah perkataan seperti laman sesawang, papan kekunci, muat turun, muat naik pada tanggapan kita? Orang di Dewan Bahasa dan Pustaka jenuh mahu memikirkan perkatan yang sesuai, kita? Masih dengan mentaliti lapuk bahawasanya Barat itu hebat, Timur itu jelek!


Saya kongsikan sedikit cerita mengenai bahasa ini. Bagaimana tindakan Khalifah Al-Ma’mun di zaman Bani Abbasiyyah dulu boleh menyediakan jawapan kepada masalah kita yang satu ini..

Zaman Khalifah Abbasiyyah merupakan puncak kegemilangan ilmuwan-ilmuwan Islam. Banyak ciptaan yang melangkau pemikiran pada zaman itu, berjaya dicipta oleh orang Islam. Antara ilmuwan pada ketika itu adalah Ibnu Haytham, Ibnu Sina, Al Battani dan Ibnu Rusyd. Ilmu terpacu dengan laju dan pantas sekali kerana zaman ini mewarisi kejayaan tamadun Rom, Greek, Cina, India, Parsi, Byzantine dan Afrika Utara (Mesir). Zaman ini digelar Zaman Keemasan Islam (Islamic Golden Age). Seorang penulis Inggeris, Karen Armsrong menyatakan,

"Arab Muslims now studied astronomy, alchemy, medicine and mathematics with such success that, during the ninth and tenth centuries, more scientific discoveries had been achieved in the Abbasid Empire than in any previous period of history."

Bagaimana orang-orang hebat ini boleh dilahirkan? Salah satu sebabnya ialah tawaran yang diberikan oleh Khalifah Al-Ma’mun. Tawarannya adalah sesiapa yang berjaya menterjemahkan sesuatu buku yang belum pernah dibaca oleh Khalifah tersebut, maka bayaran emas seberat buku tersebut akan dibayar kepada orang tersebut. Dengan motivasi sehebat ini, maka bertebaranlah orang-orang terpelajar mencari buku-buku ke seluruh empat penjuru dunia. Jumpa buku. Alih bahasa kepada bahasa Arab. Beri pada khalifah. Emas sudah menanti seberat buku tersebut!


Saya TIDAK menghalang sesetengah penggunaan bahasa Inggeris yang dimelayukan seperti planet, universiti dan kolej. Ini kerana bahasa Melayu juga perlu berkembang. Sesungguhnya bahasa kaku dan beku itulah BAHASA HAIWAN. Bahasa haiwan tidak pernah berubah dan tak mungkin berubah kerana haiwan tiada akal!


Akhir kata, Kesultanan Melayu Melaka tidak tertegak menggunakan bahasa Hindu yang dominan pada ketika itu. Kerajaan Melayu ketika itu menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca. Sebagai bahasa pengantara. Sebagai bahasa perdagangan. Sebagai bahasa kejuruteraan. Sebagai perluasan pengaruh. Kerana apa? Kerana Bahasa mencetus rasa!


Merantau jauh mencari diri,

Singgah sebentar di Pulau Rusa,

Indah tampan kerana budi,

Tinggi bangsa kerana bahasa.


5 comments:

-fly- said...

bahasa melayu dicedok dari bahasa sanskrit,hindu, dan ada juga bahasa inggeris dan seiring dengan pengedaran masa.

dont mad at me k..i've juz read bout that in the 'revolusi mental'..n i dun need dscussion bout it..juz share the info with u k...

p/s: first comment..whoaaa...

farhanrazi! said...

ya,saya setuju. bahasa melayu mmg dicedok dr bahasa lain.bahasa arab ada, bahasa portugis pn ada.sbb tu bahasa melayu berkembang.jgn smpai tergadai maruah bahasa itu sendiri.itu tegasan saya.. =)
revolusi mental?bagus buku tu.dah baca Al-Quran?itu PALING bagus..! =)

p/s:feel free to visit my caca-merba blog,ok? =)

awang said...

selagi perkataan yg sesuai wujud dalam bahasa malaysia, gunalah. kalau tiada yg sesuai, kita cari dan tambah... terima kasih atas perkongsian perkataan baru dalam kosa kata seperti jerayawara..ha3..menarik!

Anonymous said...

bahasa itu jiwa bangsa

farhanrazi! said...

lebih satu juta istilah yang dicipta oleh MBIM (majlis bahasa indonesia-malaysia) sejak 1972.lebih 46,000 istilah sains dan matematik yang dihasilkan oleh majlis yang sama."- Mohd Puad Zarkashi,Timbalan Menteri Pelajaran

mana menghilang sejumlah 46,000 ini dengan pelaksanaan PPSMI??

sumber: http://malaysiakini.com/news/128926

Post a Comment