16 January 2010

Berorganisasi dengan Berukhuwah


“Berorganisasi & Berukhuwah”



Kata ‘guru organisasi ‘ saya di bumi bertuah...

“Apek, dalam berorganisasi ni, ada tahap-tahap dia. Hari ni, aku nk beritahu dekat hang tahap yang paling rendah dengan tahap yang paling tinggi. Yang paling rendah, nama dia LAWAN ATAU LARI. Situasinya, hang tak suka dengan bos hang. Sama ada hang lawan dia atau hang lari dari dia (berhenti kerja). Tahap yang paling tinggi pulak, nama KETERUJAAN KREATIVITI. Tahap ni di mana, hang dok pikiaq benda yang tak dak kaitan pun dengan kerja hang. Pendek kata, kerja hang dah siap tapi kerja orang pun hang pi pikiaq bagi...”

...katanya dengan loghat Kedah berbau budu!


Kata naqib saya juga di bumi bertuah...

“Syaiful, ukhuwah ni ada tahap dia. Serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada. Setinggi-tinggi ukhuwah adalah mendahulukan sahabat...”

...katanya dengan loghat Kedah tidak sepekat saya!


Berorganisasi -- mempunyai organisasi, ter­susun dgn baik dan rapi

Berukhuwah -- persaudaraan: mereka bekerja seolah-olah dlm satu keluarga besar, sentiasa bertolak ansur dan menjalin tali ukhuwah antara satu dgn yg lain; Ukhuwah Islamiah persaudaraan dlm Islam.

(kredit kepada Dewan Bahasa dan Pustaka,www.dbp.gov.my)


Berorganisasi sahaja tanpa berukhuwah akan menimbulkan rasa unsecure sesama ahli yang terlibat. Sentiasa berorganisasi dalam keadaan syak wasangka dek perasaan rasa akan dicantas oleh orang lain. Oleh itu, masing-masing akan menanam rasa benci pada lawannya di dalam hatinya dan hati anak-anak buahnya. Recipe for disaster!


Berukhwah sahaja tanpa berorganisasi pula akan menghasilkan kelompok yang syok sendiri. Berkawan tanpa tujuan dan matlamat. Mereka ini tidak menyumbang kepada masyarakat. Takut juga mereka ini terjangkit dengan penyakit assobiyah.

”Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah (Hadis Riwayat Abu Dawud)


Mahu tidak mahu, berorganisasi dan berukhuwah harus wujud seiringan dalam kehidupan kita dalam menuju redha Ilahi. Timbul persoalan di sini. Bagaimana mahu mengatasi masalah-masalah yang terbit dari berorganisasi dengan tingkatan ukhwah???


Saya berikan 2 contoh...


LAWAN ATAU LARI

Syafri agak tidak selesa dengan Azhar kerana sering berselisih pendapat dengan Azhar dalam kerja-kerja berorganisasi. Sudut ideanya, sudut pengurusannya. Mudah saja bagi Syafri mencari alasan untuk membenihkan tunas-tunas perpecahan di dalam organisasi mereka. Jika Syafri mempunyai tingkatan ukhwah yang paling rendah sekalipun, dia dengan mudah dapat menangkis perasaan membuak-buaknya dengan BERLAPANG DADA terhadap Azhar!


KETERUJAAN KREATIVITI

Salbiah tertekan dengan tekanan yang diberikan oleh Syafirul yang sering mengomen kerja-kerjanya. “Kenapa tak buat macam ni? Kan lebih mudah kalau gabungkan sekali program tu?”. Bukan sebab Syafirul tiada kerja, kerjanya sudah selesai, tetapi dia dijangkiti virus keterujaan kreativiti. Mudah saja Salbiah menempelak Syafirul yang tidak sedar diri bahawa kedudukan itu bukan kedudukan Syafirul tetapi kedudukannya. Tetapi di dalam jiwa Salbiah sudah tertanam nilai ukhuwah yang tinggi iaitu MENDAHULUKAN SAHABAT, perpecahan dapat dielakkan dengan menggunakan buah fikiran si Syafirul!


Nampak? Contohnya ada di sekeliling kita. Keperluan kita untuk berorganisasi dengan berukhuwah adalah elemen-elemen yang penting dalam menjalankan gerak kerja. Di dalam kampus mahupun di dunia pekerjaan...

“Remember that sometimes it takes bending to avoid breaking”


** Nama-nama yang digunakan TIADA kena mengena antara yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. =)

2 comments:

Muhd Syafiq Mat Jap said...

hati2...jgn sampai hg plak jd pembawa perpecahan...buat spekulasi tak betul...aku rasa tak dak kaitan langsung dengan ukhuwwah...adakah bila kita memberatkan cadangan dan mempertegaskan pandagan dan mempertikai tindakan org lain,kita terus dianggap bermusuh??sedangkan matlamatnya adalah "Allah mahukan usaha sehabis baik" bukan usaha "janji buat"

Anonymous said...

Pandangan individu adalah sangat berbeza terpulang keatas diri masing masing utk menilai serta mentafsir, saya curi pepatah melayu yg berbunyi "malu bertanya sesat jalan".

Bg saya apa yang penting dalam ukhwah:
- sesuaikan diri antara satu sama lain
- apa yg penting?? Kerjasama
- all for one & one for all
- kurangkan jurang perselisihan (e.g terima pendapat)

Ukhwah dlm konteks organisasi bg seorang pemimpin boleh dicapai dgn:
- bermesyuarat utk mencapai kata sepakat (ukhwah) supaya tidak timbul ketidakpuasan hati kelak
- kertas kerja perlulah ada dan diedarkan kepada ahli untuk pemberitahuan perlaksanaan
- pembahagian kerja (ukhwah) sama rata supaya mencapai matlamat yg telah dicapai
- pendapat sampingan perlu dinilai dahulu dalam perlaksanaan kerana ianya akan melibatkan tenaga, masa, kos dsb.

Ukhwah tidak akan dpt dicapai sekiranya tidakkan individu terlalu ikutkan perasaan dan saling dengki mendengki

"ikut hati mati .. ikut rasa binasa"

Saya,
Mr. Rizz

Post a Comment